Fine Dining


Hi & Assalamualaikum pada hujung minggu saya dan keluarga pergi ke pusat membeli-belah yang terletak berhampiran dengan KLIA di Sepang iaitu Mitsui Outlet Park...Setelah beberapa jam kami disitu kami sekeluarga pergi “Para Thai Authentic Thai Cuisine” yang terletak di dalam pusat membeli-belah itu...



 Ianya juga merupa sebuah Restoran yang menyediakan masakan thai sahaja...Ianya juga menggunakan table service dimana pelayan akan datang dekat meja dan ambil pesanan...Dekorasi restoran ini sangat menarik dari segi kerusinya yang diperbuat daripada buluh tetapi ianya kukuh jangan risau...



Ini adalah masakan yang anda semua harus cuba apabila datang ke restoran ini...Harganya sangat berpatutan dan juga sesuai jadikan ini sebagai restoran keluarga...Restoran ini bukan sahaja berada didalam Mitsui Outlet Park ini malah ianya juga ada beberapa cawagan seperti di Glo Damansara dan juga di ibu kota Kuala Lumpur...




Setelah kami semua selesai makan restoran ini memberi kami Wet Towel untuk mengelap tangan kita...Service di restoran ini memang terbaik dari segi layanan dan juga penyediaan makanan...Makanan pun sampai tepat pada masa jadi apa tunggu lagi bawa keluarga anda semua cuba restoran ini pasti puas hati punya...Assalamualaikum 

















Comments

Popular Posts